PILIHANRAYA Kampus
Thursday, October 4th, 2007KUALA LUMPUR, 2 Okt (Harakah) - Kumpulan Pro Mahasiswa berjaya mempertahankan kemenangan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Pro Mahasiswa memenangi 19 daripada 27 kerusi yang dipertandingkan yang melayakkan mereka untuk terus menerajui kepimpinan Student Representative Council (SRC) sesi 2007/2008.
Daripada 16 kerusi yang dipertandingkan di kampus induk, Gombak pro mahasiswa hanya berjaya merebut 12 kerusi di Kuliyyah Undang-undang, Kejuruteraan, Ilmu Wahyu, Ekonomi, Sains Kemanusian serta tewas di Kuliyyah Teknologi Komunikasi Maklumat dan hanya menang satu kerusi di Kuliyyah Senibina.
Manakala di kampus Kuantan, mereka mendapat tujuh daripada 11 kerusi yang dipertandingkan menerusi kuliyyah Kejururawatan,Kuliyyah Sains dan Kuliyyah Sains Kesihatan Bersekutu.
Namun begitu, mereka hanya berjaya memperolehi satu daripada dua kerusi di Kuliyyah Farmasi dan kalah di Fakulti Perubatan.
Alhamdulillah, Fahmi menang dan juga Safwan. Tak perlu comment la derang pro-mahasiswa/pro-aspirasi.. sume dah tau..
Menurut sumber, insiden kelulusan kabinet Majlis Perwakilan Pelajar UIAM sesi 2006/2007 yang ditangguhkan lebih empat bulan tersebut mungkin akan berulang lagi pada sesi ini.
Bahkan ada juga yang meramalkan bahwa senario tersebut akan menjadi bertambah buruk bagi MPP yang bakal dibentuk pada sesi 2007/2008.